Tuesday, May 28, 2013

Kisah Puteri.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Puteri :)

Seperti yang kita tahu, blog batch ni dah lama wujud. Tujuannya memang untuk latih generasi kita ni cakna dengan isi semasa, selain membasahkan hati dengan peringatan.
Secara jujurnya, sejak keluar SMAKL, kita sangat selesa dengan apa yang kita rasa kita tahu.
Tapi bila masuk universiti, makin lama kita rasa ada benda yang tak kena.
Aku tulis ni berdasarkan apa yang majoriti Puteri kata pada aku. Tak, ke? :)


Jadi, atas cadangan seorang sahabat, aku rasa elok kalau kita dapat hidupkan balik blog ni.
Terpulang, sesiapa sahaja boleh menulis.
Sebab aku tahu, ramai yang nak berkongsi.

Di sini,
korang tulis apa sahaja.
Lain orang lain bentuk penulisan dan pendekatan.
Tak ada masalah. Berkongsilah.
Kerana sedikit ilmu yang korang rasa korang ada,
mungkin satu baris peringatan tu mampu mengubah perjalanan hidup orang lain.
Simple entry.
Em. Kalau ada syarat pun, cuma satu.
Latih diri untuk tulis dalam bahasa penuh dan ejaan yang betul.
Kekok mula-mula, tapi akan bermanfaat untuk kita.
Insya-Allah.
Jadi, moga ini langkah awal dalam eratkan silaturrahim kita,
dan membentuk Puteri solehah untuk agama.
Amin.  :)


Ce
1002
280513

No comments:

Post a Comment